Monday, 26 September 2011

Jangan Nak Menyibuk !!

Hari ni ari ke 2 ku MC gara2 eksiden semalam..huhu..rindunye nak g kelas..dh la cOugh + fLu + soRe tHroat..hadOii pe la nasib..redha dgn segala ujian Tuhan..huhu..insaf2...Lex luu..tgh2 time sakit ni ade pulak terdengar cite yg x sedap didengooOo..aiSeyy kalO tempaYan leh ku tuTup tp muLut oRg kan(pHm2 jelOoo)..
Sebelum tu nak stOry moRy skEt psAl hubungan kiter smU sebagai Manusia ni,adelah coPy kat bLogger laeN kannnn..haha..IT'S CALL 5T (waH spekinG lOndon..HAHA)


Apa tu 5T?

First,Taqarum.. Taqarum adalah budaya hormat menghormati sesama manusia. Hormat pada lecturer,boss, hormat pada staff, hormat akak cleaner.. Jangan sombong dan jangan ego sangat kan.

Dalam persahabatan pun gitu. Macam mana nak jadi sahabat yang baik sedangkan privasi sahabat kita pun kita nak redah. Serba tak kena kawan tu demi nak menjaga hati kita. Buat apa apa semua mesti dalam pengetahuan kita kalau tak mulalah nak jerkah orang.. mana ada saling menghormati kalau gitu. :)

Kedua adalah Tafahum, iaitu sikap saling memahami. Faham terhadap peranan, tugas, matlamat, objektif dan misi kita dalam kehidupan seharian. Dalam kelas/pejabat kita naklah faham sikap orang sekeliling kita. Jangan fikir kita aje betul, kita aje yang terbaik.. sampai pandangan orang serba  tak kena, serba tak betul.. not good not good!xmO gitu ye..
Yang paling penting kita kena faham diri sendiri dulu.. understOod

Yang ketiga, Tasamuh. Tasamuh adalah saling bertimbang rasa. Dah saling menghormati, saling memahami seterusnya kena bertimbang rasa lah... barulah harmoni satu kelas/pejabat. Barulah mesra sesama sahabat.. tak adalah rasa syak wasangka dan  jeles menjeles.. tak adalah JIWA KACAU!(tangan didada mata keatas)

Yang keempat, Taawun. Taawun adalah saling tolong menolong. Bila dah serasi, kita nak bantu membantu pun rasa happy jer kan. Nak share ilmu rasa seronok aje..xgitu??

Tambah kalau sahabat kita pun ada perasaan yang sama..  dia sakit kita ambil berat, kita sakit dia ambil berat. Tapi yang selalunya terjadi, kita sakit, orang buat tak tahu aje.. tanya khabar pun tak.. message pun tak reply. Agaknya tak suka sangat, sampai nak bertanya khabar pun tak ada masa. ingat PRIME MINISTER ke!! :(


Yang akhir, Takaful. Bukan takaful nasional tu tau.. walaupun konsepnya lebih kurang jugaklah. Takaful ni adalah tanggungjawab bersama.



Kalau 5T ni ada dalam diri.. wah besnya... lengkap gitu. Tak adalah nak salahkan orang lain aje. Tak adalah nak sentap aje.. muka ketat pun susah nak jumpa..

Bukannya apa, apa yang berlaku di sekeliling sekarang, kadang2 buat kiter rasa rimas. Macam macam hal berlaku tapi sebenarnya bukan masalah kita pun. Bila kawan kawan datang mengadu susah betul nak letakkan diri di luar permasalahan tu. Sedikit sebanyak mesti ada yang tersimpan dalam hati..:(

Hidup kita ni kalau selalu sangat tak puas hati dengan orang, mesti diri kita sebenarnya yang ada masalah. Yang paling bagus, kalau nak cemerlang, jangan sibuk sibuk hal orang che kiah weiih, buat aje kerja sendiri. Jangan sibuk dengan perkara yang tak perlu kita sibukkan.!

Sekian mukadimah kali ini... kita jumpa lagi.. Ta Ta...(^_____^)





Thanks sebab sudi bace :)